LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Agama Kisah Teladan
 



this with your friends
Stop Syurga! ()
by author MISBAH EM MAJIDY, ,

Rasulullah juga bersabda, \"Terdapat tiga golongan orang yang tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat.
1) Anak yang derhaka kepada kedua orang tuanya.
2) Perempuan yang menyerupai lelaki.
3) Dayus iaitu ketua rumah tangga membiarkan kemungkaran dalam rumah tangga dan keluarganya.\" [HR Imam Nasai(5/80-81) Imam Baihaqi(10/226)]

Perlu diingatkan bahawa neraka adalah azab Allah tidak hanya berlaku di negeri akhirat sahaja, tetapi juga berlaku dalam kehidupan dunia ini. Antara seksa Allah itu termasuklah terputusnya rahmat Allah. Manusia yang jauh dari kasih sayang dan rahmat Allah, adalah manusia yang rugi baik dalam kehidupan dunia mahupun di akhirat.

Sebaliknya manusia yang beroleh rahmat Allah, adalah manusia yang beruntung dalam erti yang sesungguhnya. Firman Allah, \"Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni syurga. Penghuni-penghuni syurga itulah orang-orang yang beruntung.\" [al-Hasyr:20]

Oleh sebab itu, perlulah diperhatikan sabda Rasulullah, \"Demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, ada seseorang di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta saja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka dan dia masuk nereka. Ada di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga dan dia masuk syurga.\" [HR Imam Bukhari(3208) Imam Muslim(2643)] Serta banyak lagi penjelasan al-Quran dan sabda Rasulullahsaw berkenaan dengan neraka yang akan dihuraikan dalam karya ini.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM22.00
Now Offer : RM22.00

ISBN:
9789673610457
Category:
Kisah Teladan
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2012
Publisher :
KEMILAU PUBLIKA
Pages:
333
Dimensions (mm):
153 x 228 x 17
Weight:
0.55

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved