LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Agama Alam Akhirat
 



this with your friends
Konspirasi Galaktik: Di Sebalik Ramalan Kehancuran Dunia ()
by author MUHAMMAD NURANI MAARIF, ,

Konspirasi Galaktik: Di Sebalik Ramalan Kehancuran Dunia - adalah sebuah kompilasi fitnah akhir zaman versi kontemporari. Ia merangkumi perihal Dajjal dengan konspirasinya, kemelut misteri tamadun purba, bencana alam dan malapetaka gempa yang berulang-yang dikhabarkan oleh nabi Muhammad S.A.W. fenomena 2012, kemunculan Imam Mahdi, kebangkitan pasukan panji hitam dari Khurasan, Perang Dunia ke-3, perang Yahudi-Islam a.k.a Armageddon, misteri kehadiran makhluk angkasa, kehadiran Nabi Isa a.s. dan penjelasan mengenai kemunculan bangsa Ya\'juj Ma\'juj.

Dalam buku ini, penulis menggarapkan perbincangan pada ruang bicara yang jarang ditulis orang serta menghadirkan fakta yang belum pernah dikupas secara tuntas, agar keyakinan pembaca terhadap fitnah akhir zaman tidak berbelah bagi lagi.Ramalan kehancuran dunia pada tahun 2012 adalah cerita lama yang diberi nafas baru - lebih hangat dan hebat. Ia adalah ramalan igauan ciptaan Barat dan dijadikan produk yang dipasarkan kepada penduduk dunia. Malah secara tidak langsung, memaksa anak-anak kita mempercayainya. Walaupun ramai yang tidak mahu ambil peduli dan memandang remeh terhadap kospirasi ramalan ini. Namun percayalah ia sudah dirangka begitu, seperti badan yang akan membantai dan menghancurkan tebing-tebing pantai.

2012 sudah pun menjelma. Sebagai umat Islam, kita perlu yakin dengan nikmat iman. Semua yang berlaku sudah berada dalam ilmu Allah. Jadi sandaran terbaik kita adalah ALLAH - pemilik segala bencana yang akan menggegarkan gunung-gunung yang kukuh berdiri. Dia yang akan meruntuhkan langit bersama hiasan bintang, bahkan DIA adalah Pencipta dan Pemiliknya. Tidak ada keraguan tentangnya.

Jika benar Dajjal merancang konspirasi bencana pada 2012, Allah sudah terlebih dahulu merancang dan perancangan ALLAH itulah yang terbaik.

Justeru itu, fenomena 2012 perlu menyangkut persiapan tauhid, pada siapa dan apa yang harus kita sandarkan ketika terjadi sesuatu pada tahun tersebut. Bagaimana sikap kita terhadap segala ramalan ini? Jika anda sudah bersedia maka; selamat datang dalam edisi konspirasi baru yang penuh getir.

Selamat membaca!

Status : In Stock
Retail Price : RM37.90
Now Offer : RM37.90

ISBN:
9789675391040
Category:
Alam Akhirat
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2013
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
222
Dimensions (mm):
146 x 210 x 11
Weight:
0.55

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved