LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Agama Ibadah
 



this with your friends
Menjemput Roh Ibadah: Solat, Doa, Zikir, Al-Quran ()
by author SHAHRIMAN WAHAP, ,

Buku di tangan para pembaca ini, bukanlah merupakan sebuah buku semata, akan tetapi merupakan koleksi daripada ceramah para murabbi yang amat penulis sanjungi lagi dikasihi.

Siri ceramah ini sebenarnya berangkat dari gejala yang para murabbi penulis rasakan, di mana pelaksanaan ibadah di kalangan umat Islam, khususnya para remaja, terasa sebagai sebuah bebanan jiwa yang mereka kerjakan sebagai sebuah kewajipan, atau semata lantaran takut seksaan akhirat, tanpa sedikitpun merasakan manisnya ibadah dan juga tanpa mengetahui dengan jelas pahala-pahalanya. Hal ini tentu sahaja menimbulkan halangan yang cukup berpengaruh terhadap kualiti pelaksanaan ibadah mereka.

Penulis kemudian menemukan bahawa faktor utama gejala ini bukanlah kerana merek memiliki hati yang keras dan kaku, bukan juga kerana mereka enggan menghadap Allah SWT. Faktor utama yang menyebabkan gejala di atas adalah ketidaktahuan sebahagian orang akan nilai keutamaan dan pahala ibadah di satu sisi, serta pengaruh ibadah ini dalam peningkatan spiritual, ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup secara umum disisi yang lain.

Fikiran saya kemudian berbisik, kalaulah kita mampu menyajikan pemahaman tentang ciri dan pahala ibadah secara mudah kepada khalayak ramai sebagaimana yang dicontohkan oleh rasulullah SAW terhadap generasi pertama umat Islam ini, maka tentunya orang-orang, khususnya kalangan remaja akan sangat teruja dalam melaksanakan ibadah dengan tekun.

Di atas niat itu, penulis himpunkan mutiara keilmuan dan tajdid minda para murabbi yang penulis tadah limpahannya selama dalam pengajian dan titipan yang mereka berikan dalam buku yang dinamakan MENJEMPUT ROH IBADAH. Semoga besar manfaatnya nanti.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM26.90
Now Offer : RM26.90

ISBN:
9789675391057
Category:
Ibadah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2011
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
272
Dimensions (mm):

Weight:
0.45

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved