
|
Perkembangan Awal Nahu Arab ~
by author KAMARUL SHUKRI MAT TEH,
,
Buku ini mengupas pelbagai aspek perkembangan awal ilmu nahu Arab, dengan menelusuri sejarah kelahirannya melalui perbincangan tentang faktor dan tokoh-tokoh yang membawa kepada pengasasan ilmu tersebut. Sumber-sumber penghujahan atau sandarannya semasa membina disiplin ilmu nahu serta setiap fasa perkembangannya dijelaskan secara ringkas dan padat. Perbincangan buku ini menjadi semakin menarik apabila diperincikan zaman kegemilangan ilmu tersebut dengan kemunculan dua aliran yang bakal mencorakkan masa depan ilmu nahu Arab. Perbahasan mengenai metode, sumber dan tokoh yang mendukung aliran-aliran tersebut telah digarap sehingga berjaya menampakkan kerancakan interaksi ilmiah dan aktiviti intelek melalui penyelidikan serta penyebaran ilmu. Semangat dan usaha gigih generasi tersebut dalam menobat dan mendaulatkan bahasa Arab wajar diteladani bagi memelihara bahasa ibunda. Oleh itu, buku ini sesuai untuk dibaca dan ditelaah oleh penuntut institusi pengajian tinggi, para pelajar, guru bahasa, pencinta bahasa al-Quran dan masyarakat awam seluruhnya.
|
Status : Out of Stock
Retail Price : RM15.00
Now Offer : RM15.00
ISBN:
9789834604073
Category:
Bahasa Arab
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2010
Publisher :
DBP
Pages:
189
Dimensions (mm):
Weight:
0.35
|