LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Agama Perkahwinan
 



this with your friends
Indahnya Sebuah Perkahwinan Menurut Al-Qur'an & Al-Sunnah ()
by author MAHMUD BIN AL-JAMIL, ,

Sebuah perkahwinan dan rumah tangga yang bahagia dan indah adalah impian serta harapan setiap pasangan. Bukan sahaja kedua pasangan yang mengimpikannya malah kedua ibu bapa mereka dan seluruh ahli keluarga mereka berharap dan mendoakan kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumah tangga tersebut.

Perkahwinan merupakan sebuah ikatan yang suci kerana dari sinilah lahirnya generasi yang menjadi pewaris dan penerus kepada keturunan umat manusia dan agama. Oleh sebab itulah perkahwinan ini sangat penting di dalam Islam. Kerana di sini bermula pembinaan seorang insan yang soleh dan solehah. Panduan dan pedoman berkisar isu kekeluargaan telah terdapat di dalam Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Bahkan terdapat surah-surah khusus yang membicarakan tentang tanggungjawab, kepentingan dan panduan berkenaan isu perkahwinan dan kekeluargaan. Malah Nabi Muhammad S.A.W. juga amat menekankan tentang betapa penting pembinaan institusi kekeluargaan yang kukuh dan bahagia. Di mana dari institusi keluarga inilah permulaan sebuah negara yang cemerlang dan berjaya.

Buku ini cukup lengkap dalam membincangkan isu-isu kehidupan sebagai suami isteri dan berkeluarga. Ini adalah bacaan yang amat sesuai dan wajib baca bagi setiap pasangan suami isteri dalam menambah dan memperkasakan ilmu kekeluargaan yang didasarkan kepada Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Semoga Allah kurniakan kepada kita keluarga yang bahagia dan dirahmati-Nya.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM30.00
Now Offer : RM30.00

ISBN:
9789673681600
Category:
Perkahwinan
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2012
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
494
Dimensions (mm):
153 x 228 x 23
Weight:
0.75

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved