LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Agama Sirah
 



this with your friends
Wira Namamu Harum Di Langit (Jilid 3) ()
by author HARUN ARRASYID HAJI TUSKAN, ,

Segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Sahabat atau wira menempati kedudukan yang sangat penting dalam Islam. Para sahabat adalah orang yang hidup bersama Rasulullah SAW, merekalah yang paling mengetahui mengenai selok-belok ajaran Islam setelah Rasulullah. Kerana Rasulullah mengajari mereka secara langsung berhadapan.

Sesungguhnya perbuatan, perkataan dan diamnya Rasulullah SAW merupakan wahyu dan para sahabatlah yang berperanan untuk meneruskan dalam penyampaiannya. Dengan kedudukan inilah mereka menjadi perantara atau jambatan pada Islam yang diwariskan kepada generasi berikutnya hingga akhir zaman.

Tidak ada seorang muslim pun yang dapat mengungkapkan Islam tanpa bersandarkan kepada mereka sebagai autoriti utama setelah wafatnya Rasulullah. Mereka mempunyai peranan lebih besar berbanding sebelum kewafatan Rasulullah SAW.

Kerana jasa mereka pada Islam, maka tidak hairanlah kalau nama mereka harum di kalangan penduduk langit. Kerana demikian, sudah tentu kita dilarang untuk merendahkan martabat dan harga diri mereka. Sebagaimana ucapan dua orang terkenal sahabat Rasululah.

Janganlah kamu mencela para sahabat. Sungguh, kebersamaan mereka dengan baginda walaupun hanya sesaat adalah lebih baik daripada amalan kamu walaupun sepanjang umur (Abdullah bin Umar).

Janganlah kamu mencela para sahabat kerana Allah telah memerintahkan hamba-Nya untuk memohon ampunan bagi mereka padahal, Dia mengetahui bahawa mereka saling berperang (Abdullah bin Abbas).

Pembaca yang budiman, buku ini merungkai dan menjelaskan berkaitan dengan pembahasan di atas. Sekian dan selamat membaca...

Status : In Stock
Retail Price : RM65.00
Now Offer : RM65.00

ISBN:
9789674091071
Category:
Sirah
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2015
Publisher :
CRESCENT
Pages:
490
Dimensions (mm):
170 x 250 x 28
Weight:
1.00

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved