LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Agama Fiqh
 



this with your friends
Sabil Al-Muhtadin: Korban, Akikah, Perburuan, Sembelihan dan Pemakanan ()
by author AL-SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD ABDULLAH AL-BANJARI, ,

Sabil Al-Muhtadin bab korban, akikah, perburuan, sembelihan dan pemakanan ini adalah sorotan himpunan permasalahan tentang 5 perkara di atas daripada kitab besar Sabil Al-Muhtadin.

Karangan Kiyai Al-Imam Al-Allamah Al-Hammam Al-Fahhamah Alsyeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al-Banjari yang telah disalin dan disusun semula oleh al-Ustaz Mohammad Haidzir bin Hussin bin Ibrahim dan dipermodenkan bahasanya untuk mudah difahami oleh pembaca kontemporari tanpa berkurangan maksud isi kandungan dan hukum hakamnya oleh al-Ustaz Fuad Ismail.

Malah teks tulisan jawi masih dikekalkan untuk rujukan pihak pembaca yang memerlukannya. Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana fadilat dan implikasinya amat besar. Ia juga sebagai kemuncak tanda ubudiah kita kepada Allah Azzawajalla.

Kefahaman yang mendalam mengenainya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita kepada Allah. Ibadat perburuan dan sembelihan pula tidak kurang pentingnya. Dua ibadat ini memainkan peranan penting bagi memastikan status halal dan haramnya haiwan sembelihan atau perburuan. Sekiranya penyembelihan dan perburuan tidak mengikuti cara yang betul sebagaimana tuntutan syariat akan menyebabkan haiwan tadi menjadi bangkai. Bab pemakanan pula menjadi topik penting di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Status halal atau haramnya sesuatu makanan mestilah berdasarkan pengetahuan syariat yang kukuh dan mantap sebagaimana yang telah digariskan oleh ulama-ulama silam.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM26.00
Now Offer : RM26.00

ISBN:
9789673880058
Category:
Fiqh
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2010
Publisher :
TELAGA BIRU
Pages:
259
Dimensions (mm):
165 x 240 x 20
Weight:
0.60

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved