LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Alam Akhirat
 



this with your friends
Siri Ensiklopedia Alam Akhirat: Misteri Indahnya Syurga #
by author MAHIR AHMAD AL-SUFI, ,

Dunia ini hanya sementara. Segala kenikmatan dan keseronokan yang terdapat di dunia ini juga amat sementara dan sebentar sifatnya. Ia hanya sekadar tempat persinggahan sementara untuk mengumpulkan secukupnya bekalan bagi kehidupan yang lebih abadi. Bekalan yang dimaksudkan di sini adalah amal kebaikan yang akan diberikan ganjaran sebaik-baiknya di akhirat nanti.

Bagaimana indahnya syurga adalah suatu yang sukar diterjemahkan dengan perkataan apatah lagi untuk dibayangkan dengan imaginasi manusia. Namun sedikit sebanyak dihuraikan di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W. Tujuannya tidak lain tidak bukan bagi menyuntik semangat dan menfokuskan matlamat kehidupan kita menuju kepada kejayaan dan kebahagiaan di akhirat kelak. Juga agar kita sentiasa sedar tujuan hidup kita sebenarnya adalah untuk beribadah kepada Allah S.W.T.

Dalam kehidupan yang semakin padat dan sibuk ini. Dihimpit lagi dengan bebanan tugasan dan tanggungjawab harian, kita kadangkala terleka bahawa sebenar ke mana arah tuju kehidupan kita. Yang mana kita perlu dahulukan dan utamakan bahagia di sini atau di sana. Maka di dalam buku ini menghuraikan tentang betapa Indahnya Syurga itu. Dibahagikan kepada beberapa bab perbicaraan seperti sifat penghuni syurga, mereka yang dijanjikan syurga, pemimpin di syurga, sifat-sifat syurga, nikmat-nikmat syurga, bidadari syurga dan siapakah yang layak untuk menghuni syurga.

Semoga dengan kehadiran naskhah ini akan mampu mencetus semangat dan motivasi kita untuk mencapai syurga yang menjadi idaman setiap manusia ini. Dan amat rugilah mereka yang mengetahui pengkhabaran tentang indahnya syurga dan bagaimana untuk mencapainya tetapi melepaskannya begitu sahaja.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM30.00
Now Offer : RM30.00

ISBN:
9789673681563
Category:
Alam Akhirat
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2012
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
524
Dimensions (mm):

Weight:
0.80

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1