LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Hadis
 



this with your friends
Terjemahan Riyadhus Shalihin Jilid 1 & 2 **
by author IMAM ABU ZAKARIA YAHYA BIN SYARAF AN-NAWAWI, ,

Penyusun kitab ini adalah Imam Abu Zakaria Yahya Bin Syaraf An-Nawawi. Dilahirkan di Nawa, nama sebuah dusun di Damsyik, Syiria pada tahun 618 H. Sejak kecil lagi, beliau selalu menuntut ilmu pengetahuan sehingga pada usia 18 tahun beliau sudah terkenal sebagai anak yang paling menyerlah antara rakan-rakan seangkatannya.

Imam Nawawi dikurniakan kemampuan yang luar biasa oleh Allah. Beliau sangat ahli dalam bidang fiqh dan hadis. Dalam bidang fiqh, dia menjadi tokoh besar dalam mazhab Syafie. Adapun dalam bidang hadis Rasulullah SAW, beliau terkenal sangat teliti dan termasuk tokoh yang tidak asing lagi.

Antara kitab-kitab fiqh yang disusunkan beliau ialah Syarah Al-Muhazzab, Al-Raudah, Al-Minhaj. Manakala kitab-kitab hadis susunan beliau ialah Syarah Muslim, Al-Azkar An-Nawawiyah dan sebahagian syarah dari Shahih Bukhari. Dalam bidang bahasa, kitab susunan beliau ialah Tahdzibul Asma' wal Lughat.

Imam Nawawi sangat zuhud dan tidak memperhatikan masalah keduniaan dan dia sentiasa mengikut jejak langkah para ulama salaf yang soleh. Wafat pada tahun 667H di dusun Nawa pada usia 48tahun dan tidak meninggalkan keturunan kerana tidak berkeluarga.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan menjadikan segala ilmunya memberi manfaat. Ameen.

Status : In Stock
Retail Price : RM60.00
Now Offer : RM60.00

ISBN:
9789836101419
Category:
Hadis
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2021
Publisher :
KLANG BOOK CENTRE
Pages:
388
Dimensions (mm):
180 x 260 x 37
Weight:
1.35

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1