LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Agama Solat
 



this with your friends
Hal-Hal Yang Membatalkan Solat Anda ()
by author ALI HASAN, ,

Solat pada bahasa bermaksud berdoa atau mengagungkan. Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman: \"Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman\". Solat merupakan ibadat yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim dan Muslimah yang mukallaf di mana Islam telah mengajarkan kita supaya melatih kanak-kanak menunaikan solat sejak daripada umur 7 tahun lagi.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

\"Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur\"

Meninggalkan solat dengan sengaja tanpa uzur juga dikategorikan sebagai melakukan dosa besar dan boleh membawa kepada kekufuran jika disertai dengan rasa engkar akan kefarduannya. Bahkan ibadah agung inilah yang akan pertama kali dihisab oleh Allah SWT di padang Mahsyar sebelum amalan-amalan yang lain. Buku yang padat tentang solat ini disusun khas buat para pembaca di mana kandungannya meliputi pengertian solat, syarat-syaratnya, nilai solat dalam kehidupan, persiapan menunaikan solat, perkara-perkara yang membatalkan solat, disunatkan, makruh, solat-solat sunat, cara-cara solat Rasulullah SAW serta panduan untuk khusyuk dalam solat. Hayatilah ibadat solat dengan menunaikannya dengan sepenuh hati agar kita sentiasa pasrah, rindu, cinta dengan penuh rasa penghambaan kepada Pencipta yang Maha Agung, Tuhan semesta alam yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM13.00
Now Offer : RM13.00

ISBN:
9789670465562
Category:
Solat
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2013
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
176
Dimensions (mm):
140 x 204 x 9
Weight:
0.30

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved