LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Tauhid
 



this with your friends
Minhaj Al-Salam Jalan Keselamatan **
by author AL-SYEIKH MUHAMMAD ZAINUDDIN BIN MUHAMMAD AL-BADAW, ,

Ketahuilah wahai para pembaca sekalian! Sesungguhnya diwajibkan ke atas setiap mukallaf, yakni yang diberati oleh syarak ke atas setiap lelaki dan perempuan yang merdeka dan sahaya orang bahawa mengetahui akan sekalian rukun Islam dan rukun Iman.

Oleh kerana itu, kitab yang berada di hadapan para pembaca sekalian ini adalah sebuah kitab kecil yang menghuraikan secara tafsil perkara yang berkaitan dengan Iman dan Islam hasil karangan Al-‘Amil Al-‘Amil Al-Fadhil Al-Kamil Al-Syeikh Muhammad Zainuddin Bin Muhammad Al-Badawi Al-Sambawi yang bertajuk Minhaj Al-Salam (Jalan Keselamatan).

Islam dan Iman itu adalah dua perkara yang berlainan di antara keduanya kerana makna 'man itu semata-mata percaya, iaitu yang berkaitan dengan hati dan makna Islam itu pula adalah semata-mata junjung seruan Allah Ta'ala dengan segala anggota yang zahir tetapi tiada sah Islam itu melainkan dengan ada iman dan tiada lepas daripada seksa orang yang beriman itu melainkan dengan Islam.

Dan terhimpun sekalian rukun Iman yang enam itu ke dalam rukun yang pertama daripada segala rukun Islam yang lima dari kerana bagi segala rukun Iman yang tersebut itu ada baginya beberapa simpulan. Maka jumlah sekaliannya adalah sebanyak 50 simpulan iaitu 41 simpulan termasuk di dalam kalimah: iaitu 20 yang wajib, 20 yang istihalah dan satu yang harus, manakala 9 simpulan daripadanya termasuk di dalam kalimah: iaitu 4 yang wajib, yang istihalah dan satu yang harus.

Maka wajib ke atas setiap mukallaf bahawa mengetahui akan segala simpulan iman yang tersebut itu secara tafsil. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan rukun Iman dan rukun Islam tersebut, maka para pembaca disarankan agar mempelajari dan mentadabbur isi kandungan kitab ini secara bertalaqqi yakni berguru supaya para pembaca dapat memahami isi kandungan kitab ini dengan lebih baik dan mendapat tunjuk ajar secara langsung dari para guru yang berkenaan. Kepada Allah kita memohon hidayah dan taufiqNYA.

Status : In Stock
Retail Price : RM10.00
Now Offer : RM10.00

ISBN:
9789674391669
Category:
Tauhid
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
147
Dimensions (mm):
140 x 210 x 8
Weight:
0.30

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1