LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Hadis
 



this with your friends
Riyadhus Shalihin <>
by author IMAM NAWAWI, ,

Kitab Riyadhus Shalihin susunan Imam Nawawi atau nama lainnya Al-'Alamah Al-Muhaddis Muhyiddin Abu Zakaria Bin Syaraf An-Nawawi Ad-Dimasqi As-Syafi'i, merupakan sebuah kitab yang sangat masyhur dalam dunia Islam.

Kita ini telah dijadikan pegangan selama ratusan tahun bagi para ulama, pelajar dan penuntut ilmu agama di serata dunia termasuk di sistem pendidikan tradisional pondok sejak berzaman dan menjadi salah satu kitab wajib bagi penuntut dalam pendidikan moden pada masakini.

Pada mukaddimah kitab ini, penyusun secara tegas mengatakan bahawa buku ini mengandungi hadis-hadis utama yang dikutip dari Kutubus Sittah (Enam Kitab Utama), iaitu kitab hadis yang paling utama dalam Islam. Dan secara tegas pula dikatakan bahawa kutipan tersebut hanya dari hadis-hadis yang sahih dari kita-kitab yang masyhur itu. Dengan demikian tidak ada satu hadis daif pun yang terdapat dalam kitab ini. Dan ulama sedunia selama ratusan tahun sudah membuktikan kebenaran penyusunnya.

Kitab ini menghuraikan hukum-hakam berkaitan syariat Islam dalam semua perkara termasuk bidang ilmuTauhid, Tafsir, fekah, sirah dan sebagainya. Secara amnya, kitab ini mengandungi 1,900 hadis. Dalam kaedah penulisannya, Imam Nawawi terlebih dahulu mengemukakan ayat-ayat Al-Quran sebagai dalil utama untuk menguatkan dalil penyokong atas kitab yang akan dihuraikan, kemudian baru akan disertkan dalil-dalil hadis sebagai huraian atas bab-bab yang dihuraikan tersebut.

Status : In Stock
Retail Price : RM75.00
Now Offer : RM75.00

ISBN:
9789839395921
Category:
Hadis
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2023
Publisher :
PUSTAKA JIWA
Pages:
822
Dimensions (mm):
190 x 260 x 43
Weight:
1.60

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1