LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Agama Sirah
 



this with your friends
Kronologi Misteri Menjelang Kemunculan Imam Mahdi dan Kedatangan Nabi Isa ~
by author MOHAMMAD SUHAIR ASYARAF, ,

Salah satu bukti kehebatan Islam ialah hadis-hadis Rasulullah SAW mengenai masa depan umat khususnya umat akhir zaman. Salah satu hadis menakjubkan ialah mengenai kemunculan seorang lelaki Ahli Bait yang bakal menjadi panglima perang dan khalifah akhir zaman. Masyarakat barat mengenalinya sebagai MUHAMMAD KEDUA. Umat Islam pula mengenalinya sebagai IMAM MAHDI. Beliau akan membawa keamanan dan melaksanakan syariat di seluruh dunia.

Rasulullah SAW turut bersabda mengenai Al-Malhamah Al-Kubra iaitu sebuah peperangan paling dahsyat antara pihak Islam dan Kufar. Peperangan itu pula tidak menggunakan senjata berteknologi tinggi. Sebaliknya menggunakan senjata lama seperti pedang, tombak, anak panah dan sebagainya. Malah pada masa itu semua peralatan teknologi tidak lagi mampu berfungsi seperti sekarang. Bagaimana semua itu boleh terjadi? Tidak lama selepas Imam Mahdi dan para tentera sufinya berjaya menguasai dunia, Dajjal akan muncul bersama bala tentera kufarnya. Kemudian Nabi Isa a.s. pula akan turun dan menghapuskan Dajjal serta fitnahnya. Dunia masih belum aman. Manusia diancam pula oleh Yakjuj Makjuj, satu bangsa asing dan aneh yang dikurung di dalam tembok batu oleh Iskandar Zulkarnain, di suatu tempat yang dirahsiakan oleh Allah.

Pelbagai tragedi dan kejadian yang berlaku sebagai petunjuk sebelum semua peristiwa itu berlaku. Semua itu bakal dibincangkan di dalam buku ini dan perlu diberi perhatian oleh kita semua. Mengapa? Menurut Rasulullah SAW, semua itu akan berlaku di akhir zaman. Kita adalah umat akhir zaman dan Rasulullah SAW ialah Al-Amin iaitu manusia yang tidak pernah berbohong.

Status : In Stock
Retail Price : RM37.90
Now Offer : RM37.90

ISBN:
9789675391279
Category:
Sirah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2018
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
264
Dimensions (mm):
147 x 211 x 13
Weight:
0.60

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved