LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Agama Umum
 



this with your friends
Khutbah Khulafa' Ar-Rasyidin ()
by author USTAZ ASHRAF SUARIN AL-MUQRI , ,

Khulafa\' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (para pemimpin yang lurus dan terbimbing) ialah empat khalifah (pemimpin) kaum Muslimin selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Empat khalifah tersebut ialah:

• Abu Bakar as-Siddiq
• Umar ibnu al-Khattab
• Uthman ibnu Affan
• Ali ibnu Abu Talib

Mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah SAW. Berkat usaha yang dilakukan, risalah Islam tersebar ke seluruh penjuru dunia.

Tinta emas sejarah Islam mencatatkan jasa agung Khufala\' ar-Rasyidin dalam memajukan umat Islam dan kejayaan Islam di muka bumi ini.

Manakala dalam tinta keabadian Islam turut mencatat khutbah-khutbah dan nasihat-nasihat agung Khulafa\' ar-Rasyidin yang selalu memberikan inspirasi kepada kaum Muslimin dalam menempuh sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar berpegangn teguh pada sunnah-Nya serta mentaati para pemimpin yang lurus dan terbimbing, sebagaimana sabdanya.

“Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin meskipun dia seorang hamba hitam. Dan kamu akan melihat perselisihan yang sangat teruk setelah aku tiada nanti, maka hendaklah kamu mengikuti sunnah-Ku dan sunnah para Khulafa\' ar-Rasyidin Mahdiyyin, gigitlah ia dengan gigi geraham (berpegang teguhlah padanya) dan jauhilah perkara-perkara muhdatsat (hal-hal baru dalam agama), kerana setiap yang muhdatsat itu adalah bidaah, sesungguhnya setiap bidaah (mengadakan hal-hal baru dalam agama tanpa rujukan al-Quran dan sunnah) adalah kesesatan.” (HR Abu Daud: 3540)

Status : In Stock
Retail Price : RM19.00
Now Offer : RM19.00

ISBN:
9789673611201
Category:
Umum
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2015
Publisher :
KEMILAU PUBLIKA
Pages:
234
Dimensions (mm):
153 x 228 x 12
Weight:
0.45

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved