LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Agama Alam Akhirat
 



this with your friends
Sejarah Dajjal ()
by author IBRAHIM RABI' AL-ASKANDI ALI AL-HADDADI, ,

Kata Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya, menutup (sesuatu). ‘Kamus Lisanul Arab’ mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal:

1. Ia disebut Dajjal kerana ia adalah pembohong yang menutup kebenaran dengan kepalsuan.

2. Ia menutup bumi dengan bilangannya yang besar.

3. Ia menutup manusia dengan kekafiran

4. Ia tersebar dan menutup seluruh muka bumi.


Kata Dajjal tidak tertera dalam Al-Quran, tetapi dalam hadis sahih diterangkan bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi melindungi orang dari fitnah Dajjal. Mengenai hal ini diterangkan dalam kitab hadis yang amat sahih seperti berikut:

“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, dia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal” (Ash-Sahihain)


“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi, dia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal” (Ash-Sahihain)

Kebanyakan hadis menggambarkan seakan-akan Dajjal itu orang yang bermata satu, yang di dahinya terdapat tulisan Arab yang terdiri dari huruf Kaf, Fa dan Ra (atau kafara, ertinya kafir) dan yang membawa keldai, sungai dan api.

Dalam Sahih Muslim disebutkan sepotong hadis: “Sejak terciptanya manusia sehingga datangnya hari kiamat, tidak ada fitnah lebih besar dari fitnah dajjal.” (Misykat, ms. 472)

Di antara fitnah Dajjal ialah bahawa ia akan membawa syurga dan neraka; adapun neraka Dajjal ialah syurga dan syurga Dajjal ialah neraka. Maka barangsiapa yang diuji dengan neraka Dajjal, dia hendaklah memohon pertolongan Allah SWT sambil membaca ayat permulaan surah Al-Kahfi, maka neraka akan menjadi sejuk dan damai.
(Kanzul Ummal, jilid VII, ms. 2028)

Status : In Stock
Retail Price : RM35.00
Now Offer : RM35.00

ISBN:
9789670398341
Category:
Alam Akhirat
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2017
Publisher :
IBNUKATSIR
Pages:
382
Dimensions (mm):
146 x 221 x 19
Weight:
0.60

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved