LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Fiqh
 



this with your friends
Bidayatul Mubtadi Wa 'Umdatul Aulad #
by author SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI, ,

Membicarakan Aqaid Al-Iman Dan Hukum-Hukum Bagi Ibadat.

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari adalah mahkota ulama Asia Tenggara pada kurun ke 18. Beliau satu-satunya ulama pada kurun dan zamannya. Namanya bergemerlapan di seluruh pelusuk umat Islam di Asia Tenggara. Beliau banyak mengarang kitab, yang paling masyhurnya ialah kitab “Sabila al-Muhtadin Fi at-Tafaquh Fi ad-Din”, yang merupakan sebuah kitab rujukan yang paling masyhur dalam mazhab Syafi’i di Asia Tenggara.

Beliau dilahirkan pada tahun 1710 Masihi di Banjar, Kalimantan, Indonesia. Datuknya pernah menjadi Sultan Mindanao, Filipina. Beliau dijadikan anak angkat oleh Sultan Banjar. Ketika remaja beliau dihantar oleh Sultan Banjar ke Mekah untuk mempelajari ilmu agama. Beliau belajar di Mekah selama 35 tahun, kemudian di Madinah selama 5 tahun.
Apabila pulang ke tanah air beliau disambut dengan meriah oleh Sultan Banjar serta rakyat jelatanya.

Dalam kitab “Bidayatul Mubtadi Wa ‘Umdatul Aulad” ini beliau mengisi dengan beberapa bab, seperti bab akidah, yang merangkumi fasal-fasal iman, Islam dan syahadah, bab ibadat yang merangkumi fasal-fasal; bersuci, wuduk, mandi wajib, haid, nifas dan istihadah, solat fardu dan solat sunat, solat jamak dan qasar, zakat, puasa dan haji dan umrah dan makanan dan binatang yang halal dan haram dimakan.

Kitab ini sesuai dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah, sekolah pondok, dan orang awam. Ia sesuai dimiliki oleh ibubapa sebagai rujukan keluarga di rumah masing-masing.

Status : In Stock
Retail Price : RM14.00
Now Offer : RM14.00

ISBN:
9789670597522
Category:
Fiqh
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2017
Publisher :
JABAL MARAQY
Pages:
140
Dimensions (mm):
178 x 255 x 9
Weight:
0.40

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved