LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Sirah
 



this with your friends
Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah **
by author IBNU TUZAH, ,

Buku ini berusaha merungkai dan menjawab dakwaan dan fitnah buruk yang dilontarkan kepada para sahabat Rasulullah SAW dan ia memfokuskan pada isu-isu yang berkaitan dengan Bani Abd Shams, termasuk Bani Umayyah dan Bani Muawiyah. Berkaitan dengan itu, ia memaparkan tentang dua aliran pemikiran yang memudaratkan iaitu Khawarij dan Sabaiah; yang kini dikenali sebagai Syiah.

Golongan Syiah pada waktu itu telah menyebabkan tercetusnya konflik di antara pemimpin dan tokoh Islam. Buku ini cuba menjelaskan konflik yang terjadi dan apakah kesan serta akibatnya. Permasalahan yang timbul berpunca daripada prasangka dan niat buruk kepada para pemimpin dan salafussoleh dalam Bani Umayyah.

Kerajaan Bani Umayyah telah banyak berjasa dalam dunia Islam. Dari Bani Umayyah, lahir Umar bin Abdul Aziz, seorang pemimpin yang adil, zuhud dan dermawan. Dalam tempoh pemerintahan Bani Umayyah juga, lahir tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang telah memberikan sumbangan begitu besar dalam pelbagai bidang ilmu.

Dengan demikian, marilah kita meletakkan para salafussoleh pada kedudukan mereka yang sepatutnya. Sesungguhnya mereka ialah generasi yang terbaik berdasar hadis Rasulullah SAW. Sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita perlu menjernihkan kembali segala kekeruhan yang telah dilemparkan ke atas mereka. Teguhkan pendirian kita, insyaAllah kita tidak akan tergelincir dalam syubhat-syubhat Khawarij dan Syiah.

Status : In Stock
Retail Price : RM33.90
Now Offer : RM33.90

ISBN:
9789675391811
Category:
Sirah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2018
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
152
Dimensions (mm):
148 x 210 x 8
Weight:
0.35

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1