LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Sirah
 



this with your friends
Membongkar Kemunculan Rahsia Nabi Isa AS Di Menara Putih #
by author ABU MUHAMMAD ARAFAH ADHA, ,

Buku ini cuba membongkar misteri kemunculan Dajjal berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW. Pasti ramai di antara kita sudah mendengar tentang Dajjal yang bakal muncul di akhir zaman. Namun tahukah kita bahawa dajjal sebelum Dajjal Hakiki atau Dajjal Sebenar. Sama ada kita sedar ataupun tidak, para Dajjal telah wujud di dunia ini sejak zaman dahulu sehingga kini.

Apabila semua Dajjal itu muncul, maka muncullah Dajjal Hakiki yang kelak akan diperangi oleh Imam Mahdi bersama kumpulan Panji-Panji Hitam Islam yang sejati. Kemuncak peperangan ialah apabila Nabi Isa AS turun di Masjid Menara Putih di Damsyik, Syria dan membunuh Dajjal. Kini di Syria, kita melihat betapa bergolaknya negara itu yang berada dalam kancah peperangan. Keadaan ini bukan kebetulan, ia sudah dirancang oleh para agen Dajjal. Mereka mahu menghancurkan Damsyik yang bakal menjadi kubu tentera Al-Mahdi. Dalam hal ini Yahudi-Zionis menjadi dalang yang memainkan peranan utama.

Gerakan militan yang wujud di Timur Tengah, termasuk di Syria kini adalah mereka yang bertopengkan Islam dan mempergunakan Islam untuk menghancurkan Islam. Ada di kalangan mereka yang mengaku sebagai tentera Panji Hitam seperti mana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW hadis. Namun jelas terlihat betapa terpesongnya mereka ini daripada ajaran Islam.

Rasullulah SAW telah mengingatkan kita tentang kemunculan Dajjal dalam banyak hadis. Sehubungan itu, janganlah kita memandang mudah hal ini. Sesungguhnya kita perlu ambil peduli dan kemudian mengambil langkah yang perlu serta mempersiapkan diri untuk menghadapinya. Hanya dengan iman yang kukuh dalam jiwa, umat Islam berupaya menangkis segala serangan dan fitnah Dajjal. Seterusnya, menyelamatkan diri kita di dunia dan yang lebih utama, di akhirat.

Status : In Stock
Retail Price : RM37.90
Now Offer : RM37.90

ISBN:
9789675391859
Category:
Sirah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2018
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
253
Dimensions (mm):
146 x 211 x 14
Weight:
0.50

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1