LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Tauhid
 



this with your friends
Kitab Sifat Dua Puluh - RUMI #
by author HABIB UTHMAN BIN ABDULLAH BIN YAHYA, ,

Kitab kecil ini dikarang oleh Syeikh Uthman bin Abdullah bin Yahya Al-Batawi, Mufti Batawi, Indonesia, di Zaman Belanda. Ketika di dalam negeri, beliau berguru dengan beberapa orang ulama termasuk bapanya, kemudian melanjutkan pengajiannya ke Mekah dan berguru dengan Sayed Ahmad Zaini Dahlan Mufti Mekah, selama tujuh tahun. Dan pada tahun 1848M beliau pergi ke Hadramaut dan berguru dengan beberapa orang guru di sana, antaranya; Syeikh Abdullah bin Husein bin Tahir, Habib Abdullah bin Umar bin Yahya, Habib Alwi bin Saggaf Al-Jufri dan Habib Hasan bin Saleh Al-Bahr. Kemudian berangkat ke Mesir sempat belajar lapan bulan, kemudian ke Tunis, Al-Jazair, Istanbul, Persia, Syria dan lain-lain negara. Beliau telah mengarang kira-kira seratus judul kitab kecil dan besar, termasuk Kitab Sifat Dua Puluh ini. Kandungan kitab ini meliputi rukun iman, rukun Islam, hukum akal, hukum syare’i dan hukum adat, dan sifat dua puluh dan sifat para nabi dan rasul a.s.w.s. Dan lagi kitab ini menyentuh tentang pengertian dan kandungan kalimahلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ, dan sifat istighna’ Allah Taala dan sifat iftiqar makhluk kepadaNya. Dan seterusnya ia menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan kitab-kitab dan suhuf-suhuf yang diturunkan, para malaikat, rasul-rasul dan nabi-nabi a.s.w.s, para isteri dan anak cucu nabi s.a.w. Dan dengan sebab itu, kitab ini sesuai dipelajari oleh pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan orang-orang awam yang baru belajar.

Status : In Stock
Retail Price : RM6.00
Now Offer : RM6.00

ISBN:
9789670597492
Category:
Tauhid
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2017
Publisher :
JABAL MARAQY
Pages:
44
Dimensions (mm):
150 x 210 x 3
Weight:
0.15

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved