LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Indonesia  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Karya Seni
 



this with your friends
Dendam Bersulam Cinta
by author SARA AISHA, ,

“Aku haramkan diri daripada jatuh cinta kepadanya. Jadi, tidak! Hati ini bukan melaungkan nama dia.”

NURUL JANNAH

Kata orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tetapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita.

“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.” - Amsyar

“Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja.” - Jannah

Lalu, aku bersumpah. Takkan semudah itu untuk Amsyar menghancurkan aku. Walau sedalam mana pun cinta aku kepadanya, aku tetap seorang wanita yang akan mempertahankan diri. Akan aku hadap semuanya tanpa tergugat. Biar dia tahu bahawa seorang Nurul Jannah bukan semudah itu untuk dihancurkan. Malangnya, bila kebenaran akhirnya terbongkar, aku jadi sangsi. Patutkah aku melawan atau biarkan sahaja Amsyar menuntut dendamnya?

AMSYAR MIKAEL

Ini jalan yang sudah aku ambil dan aku akan benar-benar memastikan perempuan itu hancur tidak mampu bangkit semula. Dia harus membayar harga bagi setiap titik air mataku yang menitis, setiap laungan penuh derita dan setiap nyawa yang sudah direnggut. Namun, semakin aku melukai dia, semakin jiwaku sendiri yang terhiris. Air mata yang dia titiskan, bahkan umpama racun yang membunuhku dari dalam.

Tidak! Aku harus bertahan. Walau apa pun yang berlaku, dendam ini harus berbalas. Dua nyawa yang sudah terkorban itu perlu dibela. Perasaan dalam hati? Huh, aku lempar jauh-jauh! Tetapi persoalannya sekarang, sampai bila aku mampu bertahan? Bila melihat dia sahaja, membuatkan aku ingin merangkulnya erat dan mengatakan…

“Abang cintakan Ana.” - Amsyar

“Aku mencintai dia. Tapi sekarang, aku mahu cintaku kepadanya mati, tidak boleh hidup semula.” - Jannah

Status : In Stock
Retail Price : RM28.00
Now Offer : RM28.00

ISBN:
9789674691646
Category:
Karya Seni
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
KARYA SENI
Pages:

Dimensions (mm):
183x115x31
Weight:
0.52

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved