LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Karya Seni
 



this with your friends
Menyayangimu **
by author PENA KAYU, ,

Nurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula, sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama.

Jadi apabila Inara ditangkap mengandung tanpa suami, Iman puas hati. Sekarang mama perlu belajar bahawa Inara itu bukan sempurna. Tetapi kenapa Iman rasa, dia menipu dirinya dengan berkata puas hati? Kenapa dia mesti bersedih dengan nasib yang menimpa Inara?

Ahmad Hadrian itu pula api kemarahannya. Lelaki itu yang merosakkan Inara. Marahnya pada Hadrian tak pernah surut. Tempoh 5 tahun belum cukup untuk membuang segala kesumatnya pada lelaki itu.

Apabila timbul krisis dalam hubungan Iman dengan bekas tunangnya, mama memetik nama Hadrian sebagai bakal suaminya.

Gila. Itu benar-benar cadangan gila. Inara bagaimana?

Iman membantah sekeras-kerasnya cadangan mama. Namun krisis yang timbul semakin meruncing, sehingga memaksa Iman membuat keputusan sama gila.

"Rahayu call mak semalam. Dia beritahu, Iman dah setuju. Iman setuju kalau mak masuk melamar."

Iman tidak pernah mengenali Hadrian secara dekat. Berbual pun jarang sekali. Yang ada dalam dirinya cuma segunung prejudis dan perasaan negatif terhadap lelaki itu.

Tetapi kenapa semakin hari, Iman rasa dia salah membaca lelaki itu? Kenapa Iman rasa, Hadrian bukan seperti yang difikirkannya? Lebih penting lagi, kenapa dia mesti berfikir tentang ini semua? Atau dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu?

Gila. Ini kegilaan nombor dua!

"Kadang-kadang, Iman... apa awak fikir tak sama dengan realiti. Awak perlu bertanya untuk kebenaran." - Hadrian

Terlalu banyak rahsia yang perlu Iman singkap satu-persatu. Dan setiap rahsia yang tersingkap, hanya membuat hatinya semakin dekat pada Hadrian.

"Awak percaya saya tidur dengan Inara." - Hadrian

"Saya tak tahu, Hadrian. Saya dah tak tahu. Maybe you could explain it to me."

Yang tak berjaya Iman singkap, adalah rahsia Inara sendiri. Rahsia yang terlalu gelap. Terlalu menyakitkan. Dia mungkin kehilangan Hadrian, dalam proses dia menyingkap rahsia Inara. Kerana Hadrian itu, selamanya lelaki Inara.

"Awak masih berfikir tentang dia?" - Iman
"Ya. Setiap detik."

Status : Out of Stock
Retail Price : RM24.00
Now Offer : RM24.00

ISBN:
9789674691653
Category:
Karya Seni
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
KARYA SENI
Pages:

Dimensions (mm):
183 x 115 x 24
Weight:
0.40

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1