LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Idea Kreatif
 



this with your friends
Mr. Nice Jerk
by author ILLA SHANAHILA, ,

Nura hampir nak hantuk kepala ke meja bila dia ‘terpaksa rela’ menjadi pembantu kepada Aryan yang digelar si Putera dari Antartika. Dah la sinis semedang dan beku memanjang, super pembuli tak payah cakap.

“I nak you iklankan cari secretary baru untuk gantikan you. Ciri-cirinya, berperwatakan menarik, bujang, umur 27 tahun ke bawah dan sedap mata memandang.” - Aryan.

Bulat mata Nura memandang encik bos di depannya. Hari pertama masuk pejabat, sudah mahu mencari penggantinya a.k.a mahu dia berhenti kerja.

“Dalam kata lain, I ni memang tak ada ciri-ciri yang encik naklah?” – Nura.

Namun bila Nura ambil keputusan untuk berhenti, lain pula jadinya. Tak sampai seminggu, bos kekwat minta lempang itu dah terpacak depan rumah, meminta Nura kembali bekerja.

Setelah kembali bekerja, Nura mengenali sisi lain dalam diri Aryan. Rupanya, tanggapan dia selama ni tentang encik bosnya itu adalah silap.

“Apa yang encik dapat bila keluar dengan dua wanita sekali gus?” – Nura.

“I takkan sempat rasa sunyi. Tahu tak, sunyi tu menakutkan?” – Aryan.

“Sunyi itu indah, encik.” – Nura.

Bagaimana Nura boleh menukar sunyi yang menakutkan buat Aryan menjadi sunyi yang indah?

Dan rasa indah yang perlahan datang buat Aryan mula menyenangi PAnya itu. Nura yang sentiasa jujur dalam tingkah dan bicaranya buat Aryan tersuka tanpa sengaja. Namun, Nura pula menolak.

“Kenapa you tak nak I? Tak cukup handsome ke I ni pada mata you?” – Aryan.

“Handsome tapi jerk.” Nura.

Rupanya, Nura sudah ada Zhafri yang dicintai dan Aryan perlu bersaing untuk dapatkan apa yang dimahukan.

Mampukah Aryan meyakinkan Nura yang dia sudah berubah dan benar-benar mahukan Nura sebagai suri hidupnya? Dan Nura pula, sanggupkah dia kecewakan Zhafri yang selama ini setia di sisi?

Status : Out of Stock
Retail Price : RM27.00
Now Offer : RM27.00

ISBN:
9789672137894
Category:
Idea Kreatif
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
IDEA KREATIF
Pages:

Dimensions (mm):

Weight:

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1