|  | 
          
            |  |  
            |  |  
            | 
				
					|  Choose your Book  Malay Books  Agama  Motivasi |  
                |  |  
                | 
                  
                    |  
 
 
 | Wahai Kaum Wanita Delete Dosa Update Pahala # by author SYEIKH NADA ABU AHMAD, 
																,
 
 Apabila membicarakan tentang dosa-dosa yang sering dikaitkan dengan wanita, bukan bermakna Islam ini adalah agama yang bersifat diskriminasi terhadap wanita. Dan bukan juga Islam ini merendah-rendahkan martabat dan maruah kaum hawa. Bahkan dalam Agama Islam, martabat kaum wanita begitu tinggi sekali khususnya seorang wanita yang bergelar ‘Ibu’. Keutamaan ibu itu lebih tiga kali ganda daripada seorang bapa. Sekiranya seorang anak dipanggil oleh kedua-dua ibu bapanya, lebih utamakan untuk menyahut panggilan si ibu didahulukan daripada bapanya. Insan yang mesti dihormati dan yang pertama adalah ibu, kedua ibu, ketiga ibu dan keempatnya barulah bapa. Begitulah betapa tingginya taraf wanita dalam Islam. Ketaatan seorang wanita adalah kepada suaminya manakala ketaatan seorang lelaki pula adalah ibunya.
 Namun apa yang ingin dikongsikan di dalam buku ini adalah sebagai peringatan dan panduan buat semua muslimah yang rindukan syurga dan mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah SWT. Di atas dasar kasih sayang dan cinta terhadap kaum hawa maka disampaikan pesanan itu agar hidup mereka sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Semoga dengan apa yang dinukilkan di dalam buku ini memberikan kita panduan dan rujukan agar kaum hawa khusus mereka yang kita sayangi dan cinta dilimpahi keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan Ilahi.
 
 Lebih-lebih di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini. Kekentalan jiwa dan persiapan ilmu yang  jitu dan mantap amat-amat penting ditagih. Supaya kita tidak hanyut dibawa arus kemodenan dan lemas dalam lautan kecanggihan teknologi yang semakin rakus memamah akidah dan keimanan kita. Semoga dengan keteguhan iman dan jiwa serta ilmu yang mantap itu dapat kita manfaatkan kemodenan dan kecanggihan teknologi tersebut untuk kita meraih lebih banyak pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.
 | Status : In Stock Retail Price :
 RM40.00Now Offer : RM40.00
 
							
						
						  ISBN:9789673683062
 Category:
 Motivasi
 Format:
 KULIT NIPIS
 Publication Date:
 2020
 Publisher :
 AL-HIDAYAH
 Pages:
 647
 Dimensions (mm):
 150 x 224 x 30
 Weight:
 0.85
 |  |  
                |   
                    
                      |  |  
                      |  |  
                      | You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE,  BSTATUS...' at line 1 |  |  |  |