LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Novel Fiksyen
 



this with your friends
Misteri Taming Sari #
by author IBNU IBRAHIM AT-TAWARI, ,

Kutelusuri jejak-jejak sejarah mencari Keris Taming Sari, bermula dari kerajaan Majapahit sehingga ke kerajaan Melaka. Kutelusuri Sulatatus Salatin, Sejarah Melayu dan tak lupa Hikayat Hang Tuah sendiri kerana keris ini milik Laksamana Hang Tuah. Kutemui juga Sang Kertaksa, Patih Gajah Mada, Seri Betara Majapahit, Aria Putera di Bukit Pancalusa, Sang Persanta Nala di Gunung Wirana Pura, Syeikh Mansur di Hulu Melaka, Suraprabhawa Raja Majapahit, Patih Kerma Wijaya, baginda Sultan Mahmud Shah dan ramai lagi.

Tak kulupakan Tun Mamat kerana beliau pernah bersama Hang Tuah sewaktu meminang Puteri Gunung Ledang, semata-mata untuk mencari jejak-jejak sejarah yang ditinggalkan oleh Keris Taming Sari yang bagiku begitu misteri. Tidak cukup di situ, aku tandangi candi Borobudur di Yokyakarta untuk mempastikan apakah keris pernah wujud di Indonesia. Aku dapati, pada relief di candi Borobudur itu, tepatnya di sudut bawah bahagian tenggara, gambar beberapa perajurit membawa senjata tajam yang menyerupai keris. Begitu juga di candi Prambanan. Di candi Prambanan pula terdapat gambar yang serupa, terutamanya di candi utama yang disebut sebagai candi Shiva.

Di candi ini juga terdapat relief monyet yang menghunus sejenis belati mirip keris dan Laksmana sedang bertempur sambil memegang senjata serupa. Jenis senjata tikam di candi Prambanan itu tidak berbeza dengan yang ada di candi Borobudur: kedua-duanya tergolong sebagai jenis 'Keris Buda'. Dilihat bentuknya, keris itu berukuran pendek, gemuk dan agak tebal, mirip dengan senjata tikam yang berkembang di India. Memang tidak syak lagi, Keris Taming Sari memang berasal dari Indonesia, milik Taming Sari yang pernah hidup dalam kerajaan Majapahit suatu ketika dulu. Tetapi keris ini telah dihadiahkan ' kepada Hang Tuah oleh Raja Majapahit Suraprabhawa selepas Hang Tuah berjaya mengalahkan Taming Sari. Setelah banyak jejak sejarah yang tentunya bersimpang-siur yang kutelusuri, akhirnya aku telah berjaya juga merungkai Misteri Keris Taming Sari ini...

Status : In Stock
Retail Price : RM29.90
Now Offer : RM29.90

ISBN:
9789672394112
Category:
Novel Fiksyen
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
KARYA PUBLIKA
Pages:
412
Dimensions (mm):
127 x 202 x 20
Weight:
0.45

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1