LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Indonesia  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Suara Hati Publication
 



this with your friends
Demi Cintaku Demi Cintamu #
by author ILYA ABDULLAH, ,

ELEANOR… anak kedua Datuk Ariffin yang kuat memberontak dan paling keras kepala. Berang dengan aturan perkahwinan untuk menyatukan dia dengan anak lelaki Puan Marlia, kasanova tersohor mengundang kematian papanya.

Pelbagai masalah mengepung hidupnya. Masalah hutang syarikat papanya, keretakan hubungan di antara dia dengan adik perempuannya, Elena Maria… permusuhan dengan kakak iparnya, Susana dan bosnya yang mahu menjadikan dia isteri ketiga. Juga cintanya yang dikhianati oleh Hairie. Namun dia masih mempunyai abangnya, Elman dan sahabat baiknya, Aleeza yang amat memahami.

Kemunculan Weir Zafril membuatkan hidup Eleanor semakin huru-hara. Lelaki yang pernah mempunyai hubungan dengan kakak iparnya itu menawarkan bantuan untuk nenyelamatkan syarikat milik keluarga Eleanor tetapi! Ada udang di sebalik batu. Syaratnya… Eleanor haruslah berkahwin dengannya.


“Lepaskan saya! Saya dah kata saya tak nak bernikah dengan awak! Tak faham bahasa ke?” - Eelanor.

“Saya dah katakan yang saya tak akan lepaskan awak. Awak akan bernikah dengan saya jugak walaupun awak tak suka.” - Weir Zafril.

Susana yang ‘sentap’ kerana Weir Zafril berkahwin dengan Eleanor sanggup meminta Elman menceraikan dirinya dengan harapan dia bisa bersatu semula dengan Weir Zafril.

Dan… ketika Eleanor telah membuka semula pintu hatinya untuk Weir Zafril, rahsia besar agenda suaminya itu telah terbongkar.

Apakah rahsia besar yang menjadi agenda utama Weir Zafril mengahwini Eleanor? Adakah Susana dapat meraih semula cinta Weir Zafril?

Status : In Stock
Retail Price : RM26.00
Now Offer : RM20.80

ISBN:
9789671675946
Category:
Suara Hati Publication
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2019
Publisher :
SUARA HATI PUBLICATION
Pages:
501
Dimensions (mm):
116 x 183 x 23
Weight:
0.40

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved