LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Indonesia  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Buku Prima
 



this with your friends
Anding Ayangan #
by author RAMLEE AWANG MURSHID, ,

NYIAN ditemui hanyut di Sungai Papar 10 tahun lalu. Dia mengalami amnesia. Lupa dari mana asal-usulnya. Nyian menjadi nelayan dalam tempoh tersebut. Selepas 10 tahun... dia mulai galak bercerita tentang sebuah dongeng yang dikenali sebagai Anding Ayangan. Ramai yang tidak mengetahui, tatkala Nyian bercerita... dongengnya menjadi hidup di sebuah dunia yang terhijab dengan dunia nyata.

Peperangan berlaku di dunia dongeng. Kerajaan Ayangan gagal menawan Anding sejak 200 tahun lampau. Persengketaan yang berteraskan kepercayaan dan politik berlanjutan sehingga salah satu hancur. Dalam peperangan muncul pelbagai kisah yang hidup dengan pelbagai ‘rupa’ manusia. Dalam banyak ‘wajah’ terbit pula sebuah percintaan antara dua pihak. Percintaan yang bertambah menyemarakkan marah dan dendam. Percintaan yang bermaharkan kematian.

Dalam kerancakan perkelahian... terpinggir sebuah tanah tengah di lautan. Tanah bergelar Pulau Chermin. Didiami raja tanpa jelata. Enggan mencampuri urusan peperangan namun terikat sumpah kalimah mempertahankan Anding dari arah lautan. Sumpah yang diikat seorang ulama berasal dari negara Brunei Darussalam.

Status : In Stock
Retail Price : RM34.00
Now Offer : RM27.20

ISBN:
9789674463175
Category:
Buku Prima
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2019
Publisher :
BUKU PRIMA
Pages:
502
Dimensions (mm):
114 x 184 x 35
Weight:
0.40

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved