LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Indonesia  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Buku Prima
 



this with your friends
Tombiruo Terakhir #
by author RAMLEE AWANG MURSHID, ,

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim?

Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu?

Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau?

Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu?

Tombiruo Terakhir...

Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.

Status : In Stock
Retail Price : RM25.00
Now Offer : RM20.00

ISBN:
9789674464219
Category:
Buku Prima
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2018
Publisher :
BUKU PRIMA
Pages:
581
Dimensions (mm):
114 x 184 x 40
Weight:
0.45

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved