|
Surah Al-Rum Ubat Segala Masalah Hidup #
by author AGUS WAHYUDI,
,
“Kenapalah, masalah sentiasa datang bersilih ganti dalam hidup saya? Baru saja satu masalah selesai, sekarang muncul pula masalah baru! Masalah bagaikan datang dan pergi tak habis-habis. Bilakah hidup saya boleh bebas dari masalah?” Beginilah keluhan yang sering kita dengar dari mereka yang sedang diuji oleh Allah S.W.T.
Na'uzubillahi min zalik, janganlah sampai kita melontarkan keluhan seperti ini. Jika kita tidak mahu menerima ujian dari Allah S.W.T, ya tidak perlu hidup. Kerana, hidup ibarat sekolah, maknanya kita pasti tidak akan terlepas dari sebarang ujian.
Tetap waktunya, buku ini hadir dengan penuh bernas, mengupas betapa dahsyatnya sebuah surah di dalam Al-Qur'an iaitu Ar-Ruum. Tahukah anda Surah Ar-Ruum boleh menjadi terapi bagi segala jenis kesusahan yang menghambat hidup anda.
Hayatilah buku yang padat dengan inspirasi dan motivasi ini. Selain anda diperkenalkan dengan kelebihan-kelebihan surah ini, anda juga diajak untuk menjadi manusia berperibadi sabar, teguh dan penuh semangat dalam menempuh kehidupan ini. Tidak mudah berputus asa dan yakin bahawa cubaan hanya sementara ; bahawa amatlah mudah bagi Allah untuk mencabut semula setiap cubaan yang ditimpakan kepada hamba-Nya.
Ibarat penawar ajaib, Surah Ar-Ruum bila anda fahami dan praktikkan sebaik-baiknya mampu menjadi terapi yang sangat efektif bagi setiap masalah hidup anda.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM15.00
Now Offer : RM15.00
ISBN:
9789670267517
Category:
Motivasi
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2012
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
237
Dimensions (mm):
140 x 203 x 11
Weight:
0.30
|