LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Fiqh
 



this with your friends
Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Solat, Solat Musafir, Jenazah, Zakat & Puasa (Jilid 2) #
by author USTAZ ABU USAMAH MOHD HANAPIAH HAJI HUSSIN, ,

Nama Ustaz Abu Usamah tidak asing lagi. Beliau sememangnya dikenali sebagai ilmuan ataupun ulama muda yang bergiat aktif menyampaikan ilmu kepada setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, beliau juga aktif dalam bidang penulisan di pelbagai medium media sosial dalam merungkai persoalan-persoalan yang diajukan oleh orang ramai. Siapakah insan di sebalik nama Ustaz Abu Usamah ini ? Mari kita kenal.

Nama penuh beliau ialah Mohd Hanapiah bin Hj. Hussin. Gelaran Ustaz Abu Usamah adalah bersempena dengan nama anak lelakinya iaitu Usamah. Beliau lahir pada tahun 1982 dan kini berusia 38 tahun. Beliau adalah Mudir di Pusat Pengajian Islam Bukit Kijang, Air Jernih, Kemasik, Kemaman, Terengganu.

Mendapat asuhan dan didikan agama sejak kecil daripada ayahandanya sendiri. Kemudian beliau meneruskan pengajian al-Quran di Tahfiz Madrasah al-Quran Kubang Bujuk, Terengganu selama setahun. Selepas itu, beliau ke Pondok Gelang Mas, Kelantan dan menuntut ilmu di sana selama lima tahun. Tidak habis di situ, beliau terus mendalami ilmu di Madrasah al-Nahdhoh al-Islamiyyah al-'Asyariyyah di Pattani, Thailand selama lima tahun. Bagi meneruskan tradisi para ulama, beliau telah mengembara dan menyambung pengajian di bumi Syria dan bertalaqqi selama tiga tahun. Di sana, beliau telah menimba ilmu daripada ramai ulama tertemuka negara Syam.

Kini Ustaz Abu Usamah berkhidmat sebagai Mudir dan tenaga pengajar utama di Markaz al-Dirasat al-Islamiyyah yang juga dikenali sebagai Pusat Pengajian Islam Bukit Kijang, Kemasik, Kemaman, Terengganu. Di samping menjadi tenaga pengajar di surau dan masjid sekitar Terengganu dan negeri-negeri lain dan menjadi guru SPAIT di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu. Beliau juga aktif sebagai pembimbing program daurah fiqh, akidah, hadis dan lain-lain di negeri Terengganu khususnya dan beberapa negeri lain.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM28.00
Now Offer : RM28.00

ISBN:
9789671846377
Category:
Fiqh
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2020
Publisher :
IKON SYABAB
Pages:
280
Dimensions (mm):
153 x 228 x 15
Weight:
0.40

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1