LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Umum Novel
 



this with your friends
Rahsia Misteri Besi Kersani #
by author IBNU IBRAHIM AT-TAWARI, ,

Kekuatan besi kersani turut dicatatkan dalam bahan-bahan bertulis seperti Bustanus Salatin, Syair Hamzah Fansuri dan lagu nyanyian M. Nasir, Mentera Semerah Padi. Namun demikian, sukar diterangkan bentuk mahupun rupa sebenar besi kersani. Teori atau penjelasan tentang besi tersebut lazimnya bercanggah. Tidak kurang pula teori-teori yang sukar diterima akal. Dalam hal ini, bergantung kepada daerah dan pegangan sesebuah masyarakat, besi kersani turut dikenali sebagai kursani, qursani, kharsani, khurasani, dan khursani. Dari sudut akar kata, dapat dijangkakan bahawa perkataan tersebut berasal daripada Khurasan, yakni sebuah daerah besar yang meliputi Afghanistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan.

Kersani turut disebut dalam beberapa mantera Melayu. Secara khususnya, mantera-mantera tersebut memohon kepada Allah SWT untuk meminjamkan kekuatan besi kersani kepada diri mereka. Bagi segelintir individu, kersani dianggap sedia hadir dalam tubuh manusia. Dalam hal ini, individu berkenaan akan menggunakan mantera-mantera tertentu bagi membangkitkan semangat besi tersebut. Semangat besi tersebutlah yang kononnya menjadi sumber kekuatan batin dalam tubuh pengamal ilmu besi kersani. Dalam erti kata lain, semangat besi tersebut diharapkan dapat mengalir dalam jiwa pendekar bagi memberikannya kesaktian yang luar biasa. Dalam rangka kepercayaan para pengamal, kebangkitan
besi kersani dalam tubuh ditandai dengan bunyi yang berdesing di telinga.

Proses mewujudkan besi dalam dirinya bermula dengan pengamal membayangkan kekuatan yang mengalir dalam urat-urat saraf. Lazimnya berpusat dari bahagian tapak tangan, besi kersani tersebut akan bertindak semacam cecair dan menjalar ke seluruh tubuh: Kononnya, pendekar lalu berkemahiran tinggi dalam ilmu tersebut dan mempunyai keupayaan membuat diri mereka kebal dan kelis senjata. Guru- guru terdahulu dikatakan teramat memilih dalam menurunkan ilmu basi tersebut. Tidak menghairankan, ilmu tersebut menjadi semacam fenomen yang diidamkan sebahagian orang Melayu.

Status : In Stock
Retail Price : RM29.90
Now Offer : RM29.90

ISBN:
9789672394167
Category:
Novel
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2021
Publisher :
KARYA PUBLIKA
Pages:
370
Dimensions (mm):
128 x 202 x 17
Weight:
0.30

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1