LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Motivasi
 



this with your friends
My Life For Allah (Pimpinlah Hati Menuju Ilahi) **
by author MIFTAHUL ASTROR MALIK, ,

Sesungguhnya Allah S.W.T menginginkan agar kita meyakini bahawa betapapun kesulitan yang kita hadapi, maka bermohonlah kepada-Nya nescaya kesulitan itu akan segera pergi. Yakinlah bahawa pasti ada kebaikan dalam segala hal yang menimpa kita, ketika kita menyedari bahawa semua itu berasal dari-Nya. Menerima apa pun yang menimpa kita dan meyakini bahawa ada kebaikan dalam setiap kejadian walaupun nampaknya merugikan, bahkan bersyukur untuk semua itu ialah menjadi pedoman dan pegangan hidup bagi seorang muslim yang bertawakal kepada-Nya.

Sebetulnya kasih sayang Allah S.W.T kepada kita sangatlah besar dan tidak sebanding bila hanya dibandingkan dengan sedikit kesulitan yang kita beroleh semasa hidup di dunia. Kerana kasih sayang Allah S.W.T, pula kita kelak akan beroleh syurga. Lantas, adakah kenikmatan di dunia ini yang melebihi kenikmatan kita kelak di syurga?

Di dalam buku yang kecil ini, diungkap sekelumit masalah dan kesulitan yang biasa kita hadapi, dan bagaimana cara kita mengatasinya atas dasar keimanan kita kepada Allah S.W.T. dan juga, betapa pentingnya niat menjalani hidup ini semata-mata kerana Allah S.W.T dan mengaharap redha-Nya. Beberapa bahagian dalam buku ini ingin mengubah fikiran kita tentang kehidupan serta tentang cubaan dan ujian, seperti "Dunia itu indah, namun akhirat jauh lebih indah", "Rezeki sudah ada yang atur", "Jangan bimbang, pertolongan Allah itu nyata", "Kita hidup untuk bahagia", dan "Hidup menjadi mudah dengan Islam".

Selain itu, bahagian lain mngajak kita untuk merenung seperti bahagian qiyamul-lail, lakukanlah!, "Al-Qur'an, bacalah!", "Kematian, ingatilah!", "Kita diperlakukan seperti apa yang kita lakukan", dan "Hasbunallah wa ni'mal wakil".

Alhasil, buku ini mengajak kita untuk beriman kepada takdir Allah S.W.T, kerana ketika kita percaya sepenuh hati atas segala ketetapan yang kita beroleh di dunia ini, maka kita akan kuasa menjalani hidup ini dengan sebaik-baiknya. Sungguh Allah S.W.T Maha Tahu apa yang terbaik bagi kita semua.

Status : In Stock
Retail Price : RM30.00
Now Offer : RM30.00

ISBN:
9789672119333
Category:
Motivasi
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2022
Publisher :
PUSTAKA ILMUWAN
Pages:
273
Dimensions (mm):
139 x 209 x 15
Weight:
0.36

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1