LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Tasawuf
 



this with your friends
Syarah Minhajul Abidin Imam Al-Ghazali Siri Kedua (Edisi Rumi dan Jawi) #
by author KHAIRATUL AKMAR BIN AB LATIF, ,

Buku syarah Minhajul 'Abidin yang kedua ini menumpukan perjalanan si salik dalam menempuh bukit yang ke-tiga iaitu Bukit 'Awaiq. Bukit ini merupakan halangan daripada perkara yang besar-besar kepada si salik daripada umpama halangan Dunia, Makhluq, Syaitan dan Nafsu yang menegahkannya kepada 'ibadah. Sudah pastinya perjalanan ini dilalui setelah si salik berjaya melepasi rintangan Bukit Ilmu dan Bukit Taubah yang terdahulu (yang terdapat perbicaraannya pada buku pertama).

Halangan pertama yang terpaksa ditempuhi iaitu halangan dunia yang hanya dapat diatasi dengan bersifat zuhud terhadap dunia dengan syarat dan kaifiatnya. Ini pasti suatu yang susah untuk dilalui kerana untuk membuang dunia yang terdapat pada hati memerlukan latihan dan kecekalan hati yang istimewa.

Manakala halangan kedua iaitu makhluq pula hanya dapat diatasi dengan beruzlah iaitu sunyikan diri daripada manusia dengan syarat dan kaifiatnya. Pada awalnya uzlah adalah semata-mata dengan menjauhi diri daripada manusia dan pada akhirnya bersunyi hati dengan Allah walaupun bercampur dengan manusia ramai.

Halangan ketiga iaitu syaitan dan diatasinya dengan mengetahui segala tipu dayanya dan seterusnya halangan keempat iaitu nafsu memerlukan mujahadah terhadap nafsu yang berterusan sehingga si salik tersebut berjaya mengekang nafsunya dan sehingga nafsunya dapat mengikut tunduk segala kehendak syara' dan hurainanya sangat panjang dan paling susah dibandingkan dengan halangan yang terdapat pada tiga halangan sebelumnya.

Status : In Stock
Retail Price : RM18.00
Now Offer : RM18.00

ISBN:
9789838673426
Category:
Tasawuf
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2021
Publisher :
PUSTAKA AMAN PRESS
Pages:
210
Dimensions (mm):
151 x 216 x 11
Weight:
0.30

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1