LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Sastera Cerpen
 



this with your friends
50 Esei Hari Guru **
by author , ,

Saban tahun, Hari Guru disambut dan diraikan dengan begitu meriah, sama ada di peringkat sekolah mahupun kebangsaan. Pelbagai tema dilakar dan dirakamkan, menggambarkan betapa tinggi impian dan harapan negara yang diletakkan di pundak para guru. Bagi membentuk generasi akan datang yang cemerlang, guru adalah ejen yang terpenting dalam sistem pendidikan. Tanpa guru, maka pincanglah sistem pendidikan walau sehebat mana sistem itu dirangka mahupun dirancang.



Sejak pertama kali disambut pada 16 Mei 1972, Hari Guru tampil dengan tema yang bersilih ganti, sehinggalah genap tahun ke-50 negara kita meraikannya iaitu pada tahun 2021. Buku ini menampilkan koleksi 50 buah esei yang mengupas tema Hari Guru yang disambut sepanjang 50 tahun ini, sambil membawa pembaca menelusuri perkembangan dunia pendidikan negara, dari zaman kapur tulis dan papan hijau, sehinggalah tiba pada zaman peranti di hujung jari.



Tidak dapat disangkal profesion perguruan kian mencabar. Hakikat menjadi guru bukan semudah mengajar membaca dan mengira, tetapi menjadikan pendidikan sebagai landasan untuk membentuk tunjang akar budi seseorang manusia untuk berkembang dan menyumbang kepada masyarakat. Sekiranya tentera berjuang di medan perang, para guru pula berjuang di medan ilmu. Biar terkorban di medan tersebut, berundur tidak sesekali. Asalkan, anak didiknya menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa, dan negara.

Status : In Stock
Retail Price : RM39.00
Now Offer : RM39.00

ISBN:
9789672458524
Category:
Cerpen
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2022
Publisher :
RIMBUNAN PUBLISHING HOUSE
Pages:

Dimensions (mm):
128 x 190 x 22
Weight:
0.50

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1