LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Umum Umum
 



this with your friends
Membongkar Kes Kes Jenayah Berprofil Tinggi Di Malaysia **
by author SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM, ,

DI MALAYSIA, banyak kes jenayah berprofil tinggi, melibatkan tokoh-tokoh tertentu dan juga kedaulatan negara. Kes-kes seperti pembunuhan tokoh kewangan dan rakyat negara luar, merupakan antara kes yang memberi persepal yang buruk kepada negara. Namun begitu, kecekapan pihak polis Malaysia yang berjaya menyelesaikan kes-kes ini tanpa sebarang campur tangan pihak berkuasa luar negara telah membuatkan imej negara di mata dunia begitu dikagumi dan dihormati. Walau bagaimanapun, terdapat juga jenayah kejam seperti pembunuhan Murin Jaslin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana suspek utamanya masih belum dapat ditangkap.

Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati untuk jenayah pembunuhan adalah hukum gantung yang dilakukan menerusi teknik gantung. Kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjata api adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah ini memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan akan dilakukan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang di-Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Purata seseorang itu menjalani hukuman mati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan. Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung.

Status : In Stock
Retail Price : RM38.90
Now Offer : RM38.90

ISBN:
9789672278535
Category:
Umum
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2022
Publisher :
HR PUBLISHING
Pages:
251
Dimensions (mm):
148 x 210 x 14
Weight:
0.51

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1