LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Novel Karya Publika
 



this with your friends
Dia My Forever Love #
by author SHADIA HISHAM, ,

Athia dijanjikan dengan bulan dan bintang sehingga dia terlupa bahawa langit itu tinggi. Luqman membawanya terbang lalu melepaskannya tanpa belas membuatkan dia terhempas jatuh menyembah bumi. Athia tertanya-tanya apa lebihnya si perampas berbanding dia? Tidak cukupkah pengorbanannya selama ini untuk merantai setia Luqman?
“Sebagai umat Islam saya yakin dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Insya-Allah apa yang saya makan, itulah yang akan dimakan oleh Thia. Di mana saya tinggal, di situlah tempat tinggal Thia.” – Luqman Aisy.

Itu janji dulu. Janji ketika mahu menanam tebu di tepi bibir. Kini, semuanya telah berakhir dengan jalan cerita yang memilukan.
Luqman menganyam bahagia. Athia juga harus begitu. Dia perlu berjuang demi malaikat kecil yang menjadi penghuni rahimnya. Cukup-cukuplah dia larut dalam kesedihan yang panjang.
“You tak payah faham apa-apa. Just pick up the phone when I call, reply when I text and don’t ignore me. That’s all. Susah sangat ke nak buat benda tu?” – Adrey Somsit.

Dalam diam Adrey selalu memohon kesempatan untuk diberi peluang menghapuskan air mata Athia kerana air mata Athia itu umpama racun yang boleh membunuhnya. Melihat Athia menangis saban malam membuatkan Adrey seperti ditusuk sembilu berbisa. Sakit, pedih dan terseksa.
“Abang minta maaf.”- Luqman Aisy.
Untuk apa kata maaf itu setelah bermusim menanggung derita? Semuanya sudah tidak bererti. Hati menjadi sepejal tembok batu kini.
“Katakan sayang agar dapat ku sambut rindu mu. Ucapkan cinta biar aku persembahkan seluruh raga buatmu kerana dirimu itu adalah seseorang yang aku inginkan. Kalau aku bukan yang pertama menjadi matahari menerangi hidup mu, izinkan aku yang terakhir menjadi bulan menyinari malam mu yang kelam.” – Adrey Somsit.

Ikhlas tidak perlu diungkap. Setia menjadi pengikat.
“I pun sayang you.” - Athia Nur Al Zahra.
Benarlah, ada pelangi selepas hujan. Ada bahagia setelah derita.

Apakah kisah seterusnya yang berlaku?

Status : In Stock
Retail Price : RM30.90
Now Offer : RM30.90

ISBN:
9789672394273
Category:
Karya Publika
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2022
Publisher :
KARYA PUBLIKA
Pages:

Dimensions (mm):
115 x 184 x 33
Weight:
0.60

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1