LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Sirah
 



this with your friends
Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Madinah **
by author ZHAENAL FANANI, DZULKHAIRI MOHD NOOR,

KETOKOHAN NABI BERHADAPAN PEMIMPIN KESESATAN SEPANJANG ZAMAN – GENERASI PENENTANG ERA MADINAH

Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik.

Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Madinah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Kaedah dan strategi Nabi SAW berhadapan dengan golongan sebegini perlu kita jadikan panduan untuk menghadapi watak seumpamanya yang mungkin kekal wujud sepanjang zaman.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat bagi mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para penentang bermula dengan keturunan, faktor dan kaedah penentangan juga kematian. Ia juga menjawab beberapa maklumat penting yang dibangkitkan oleh para pengkritik moden.

Antara penentang yang dimuatkan dalam buku ini :

• Abi Afak (Penyair Politik Arab-Yahudi).
• Amir Bin Al-Thufail (Pembantai Ahli Qurra’).
• Zainab Binti Al-Harits (Pencetus Pembunuhan Nabi).
• Ummu Qirfah (Kematian Kontroversi).
• Sajah Binti Al-Harits (Nabi Wanita Dari Bani Taghlib).

Status : In Stock
Retail Price : RM35.00
Now Offer : RM35.00

ISBN:
9789674818500
Category:
Sirah
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2022
Publisher :
PTS
Pages:
264
Dimensions (mm):
152 x 228 x 8
Weight:
0.45

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved