
|
Tunggu Teguh Dulu <>
by author FAISAL TEHRANI,
,
“Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah.”
*
Salsabila Fahim mahu menjadi usahawan ladang betik yang berjaya.
Meski arena bisnes dan perladangan bukan sesuatu yang sinonim dengan wanita sepertinya, Salsabila yakin, dengan Teh Sofia — kawan baiknya di sisi, mereka pasti dapat mengharunginya.
Namun pada saat ladangnya diserang ancaman birokrasi dan tragedi, Teh Sofia menghilang, meninggalkan dia sendiri. Detik itu juga, dua jejaka merangkap rakan lamanya, Kamil dan Lam mendesak Salsabila memilih; siapakah cinta hatinya. Ibu pula semakin tenat. Sal, tak bolehkah kau tinggalkan ladang sebentar?
*
Bergelut dengan urusan-urusan yang tak lekang mendesak, Salsabila terhimpit, lalu kembali kepada-Nya berkali-kali.
Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia; dan hubungan manusia dengan Penciptanya. Cinta boleh pudar, tetapi belas kasihan atas nama Allah akan berkekalan.
Novel ini disiarkan secara bersiri sekitar tahun 2003 menerusi Utusan Malaysia, sebelum diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 2004. Ada yang mengangkat karya ini sebagai magnum opus Faisal Tehrani, bahkan sering dicari segenap pembaca. Kini, dengan kerjasama RUMAA Books dan Cerekayasa, Tunggu Teduh Dulu kembali semula menemui pembaca dalam nafas yang lebih segar.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM40.00
Now Offer : RM40.00
ISBN:
9786299536284
Category:
Rumaa Books
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2025
Publisher :
RUMAA BOOKS
Pages:
744
Dimensions (mm):
125 x 190 x 55
Weight:
0.75
|