LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
`  
Choose your Book Malay Books Umum Politik
 



this with your friends
The 48 Laws of Power - Edisi Bahasa Melayu <>
by author ROBERT GREENE, ,

BUKU TERLARIS BUAT ANDA YANG INGIN MEMAHAMI, MEMILIKI ATAUPUN MEMPERTAHANKAN DIRI DARIPADA KUASA

"Jika kuasa adalah matlamat utama anda, buku ini wajib anda miliki." - The Times, akhbar berprestij United Kingdom yang menjadi rujukan utama dalam politik dan kepimpinan global.

Dalam kehidupan, kuasa hadir di mana-mana—di pejabat, dunia perniagaan, politik, malah dalam kehidupan seharian kita. Ia tidak sentiasa positif ataupun negatif, kerana kuasa itu sendiri bersifat bebas dan terbuka; baik ataupun buruknya bergantung pada bagaimana ia digunakan dan konteks persekitarannya.

Buku ini adalah hasil kajian mendalam Robert Greene terhadap sejarah kekuasaan selama lebih 3000 tahun. Beliau merumuskan pemerhatian tersebut kepada 48 hukum kekuasaan yang boleh digunakan bagi memahami bagaimana kuasa berfungsi, serta bagaimana individu tertentu mampu menguasai, mempertahankan, ataupun menjadi mangsa kepada kuasa.

Setiap hukum disertakan dengan contoh-contoh nyata yang dipetik daripada tokoh-tokoh pemikiran dan falsafah seperti Machiavelli, Sun Tzu, Carl von Clausewitz, sehinggalah kepada Ratu Elizabeth I, Henry Kissinger dan beberapa tokoh lain yang pernah memegang tampuk kekuasaan ataupun menjadi mangsa kepada si penguasa.

Sama ada anda ingin memiliki kuasa, sekadar memerhatikannya, atau melindungi diri daripada dimanipulasi oleh orang lain, memahami hukum-hukum ini adalah penting untuk melihat dunia kekuasaan sebagaimana realitinya. Dengan ilmu ini, anda akan lebih bijak menghadapi permainan kuasa dalam kehidupan moden hari ini yang penuh persaingan.

ANDA PILIH UNTUK MENGUASAI ATAUPUN DIKUASAI?

Status : In Stock
Retail Price : RM58.00
Now Offer : RM58.00

ISBN:
9786294930605
Category:
Politik
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2025
Publisher :
PTS
Pages:
600
Dimensions (mm):
153 x 228 x 26
Weight:
0.80

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1