|
|
|
 |
Choose your Book
Malay Books Novel Penerbit X |
| |

|
Detektif Vampire: Papan Ouija <>
by author ILYA ABDULLAH,
,
“KAU BOLEH TANYA ‘DIA’ DAN ‘DIA’ AKAN JAWAB PERTANYAAN KAU MELALUI ABJAD-ABJAD YANG TERTERA DI ATAS PAPAN OUIJA.”
Suatu ketika dahulu, sebuah papan ouija meragut nyawa beberapa remaja sebagai korban. Dikatakan ia membawa sumpahan kepada sesiapa yang bermain permainan berunsur syirik itu. Bertahun kemudian, satu tragedi hitam menimpa sekumpulan ahli kelab ragbi, mengorbankan salah seorang daripada mereka. Sejak itu, Hairul, Ashrof, dan Shahril mula diganggu makhluk misteri yang memburu mereka selama empat belas hari. Dalam keadaan terdesak, Hairul mendapatkan bantuan Kelab Detektif Vampire untuk menjejak semula papan ouija yang telah hilang secara misteri.
Kes baharu dibuka. Hafiy, Bazli dan Anaqi perlu mencari cara untuk memusnahkan papan ouija itu sebelum ada lagi yang menjadi mangsa permainan maut tersebut. Banglo lama yang baru dibeli oleh ayah Hairul menjadi tumpuan siasatan kerana di situlah papan ouija itu mula ditemui. Di sebalik kisah papan itu, tersembunyi rahsia yang kelam. Aura hitam yang menyelubungi papan itu menyukarkan Anaqi menggunakan kuasa psikometriknya bagi mencari petunjuk seterusnya.
Kelab Detektif Vampire mula menerima tekanan dan ancaman penutupan setelah mereka berkeras mahu meneruskan siasatan kes itu. Namun, mereka sedar terlalu banyak yang dipertaruhkan untuk berpatah balik. Mampukah Anaqi dan rakan-rakannya menyelongkar misteri papan ouija hingga ke penghujung, atau adakah mereka akan menjadi mangsa seterusnya?
|
Status : In Stock
Retail Price : RM12.00
Now Offer : RM12.00
ISBN:
9789673699643
Category:
Penerbit X
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2025
Publisher :
PENERBIT X
Pages:
172
Dimensions (mm):
114 x 184 x 12
Weight:
0.14
|
|
|
 |
| You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1 | | | |