
|
Pwist The Truth ~
by author NURAA QILLA,
,
Api menyambar tanpa amaran, liar, panas, dan memusnahkan.
Cahaya menembusi kegelapan, membuka jalan di tengah bahaya yang mengintai. Apabila kedua-duanya bertembung, percikan tercetus lalu mengheret mereka ke wilayah yang tidak sepatutnya disentuh.
Fayren Ludovico membesar sebagai satu-satunya pewaris yang terselamat selepas keluarganya dibunuh. Hidup tanpa nama dan tanpa kepercayaan terhadap sesiapa, dia membina reputasi sebagai "Dragon", lelaki misteri yang digeruni ramai.
Keberaniannya menarik perhatian Andrea Morris, gadis yang membesar dalam dunia mafia yang penuh aturan dan perlindungan. Satu pertemuan yang tidak dirancang akhirnya mengikat mereka pada sesuatu yang jauh lebih berbahaya.
"Kau berdua terlalu mudah dibaca. Satu takut kehilangan. Satu lagi takut ditinggalkan." - Victor Harren
Demi dia, seseorang mula menyembunyikan kebenaran daripada darah daging sendiri.
Demi dia juga, seseorang memilih untuk pergi, meninggalkan satu-satunya sebab untuk terus hidup.
Lima tahun kemudian, mereka bertemu semula. Cinta yang pernah wujud di antara mereka kini berubah menjadi sesuatu yang lebih gelap dan jauh lebih sukar untuk dilepaskan.
"Because as a Bryant, you still have a world that's standing... mine already burned to the ground." - Fayren
"I'd rather burn with you... than survive without you." - Andrea
Apabila bayang lama kembali daripada kegelapan, mereka sedar kebenaran bukan cahaya yang menyelamatkan, tetapi bara yang menarik mereka kembali ke dalam api silam.
Jawapan yang selama ini dicari akhirnya semakin hampir untuk disentuh. Kebenaran itu... penyelamat atau hukuman? Bersediakah Fayren dan Andrea menghadapi segala rahsia yang terkubur tanpa menghancurkan diri sendiri?
Kadang-kadang, satu-satunya jalan ke hadapan ialah berpatah balik ke tempat yang pernah menghancurkan mereka.
"If the truth they twisted was meant to take you from me, then I'll become the lie that brings you back."
|
Status : In Stock
Retail Price : RM30.00
Now Offer : RM30.00
ISBN:
9789838223898
Category:
Fajar Pakeer
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2026
Publisher :
FAJAR PAKEER
Pages:
Dimensions (mm):
113 x 185 x 25
Weight:
0.47
|