
|
Duri Pilihan Hati ~
by author MISZHANN,
,
12 tahun memendam rasa, bukanlah perkara yang sukar pun untuk Jed. Biarpun hati berharap setinggi langit agar mereka kembali bertemu, skru lututnya tetap longgar apabila permintaan sunyinya itu, dikabulkan pada waktu yang paling dia tidak sangka.
Walau hanya dianggap sebatas taman, Jed terima dengan hati yang terbuka kerana dia tidak mahu kehilangan Duri pilihan hatinya lagi. Janjinya, dia akan sentiasa ada.
"Boleh ke... kalau aku nak menangis? Tapi, aku tak nak menangis sorang-sorang" - widuri
"Boleh, Widu. Aku... temankan kau ya?" - Jed
Ingin sekali dia luahkan rasa, bercerita kepada Widuri bahawa dia sudah lama jatuh cinta dan menyimpan rasa. Namun, tanggungjawabnya sebagai orang tua kepada adik-adiknya perlu lebih diutamakan. Hatinya tak penting kerana bagi Jed, yang paling utama itu, si kembar kesayangannya.
"Air muka abang yang satu tu, hanya akan jelas bila Kak Duri ada. Abang, kalau bukan Kak Duri perempuan tu, boleh ke kalau Dan tetap nak nampak bahagia tu dekat muka abang?" - Yazdan
"Kalau abang tak cuba, abang takkan tahu penerimaan Kak Duri macam mana kan?" - Yasmin
Kisah si jejaka, adalah tentang bagaimana si sulung ini bertahan semampunya ketika dunia seakan-akan menghimpitnya hingga ke hujung tebing.
Selebihnya, semestinya tentang pencinta yang terlalu luas rasa kasihnya ini.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM38.00
Now Offer : RM38.00
ISBN:
9789670069425
Category:
Lawa Lingo Publication
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2026
Publisher :
LAWA LINGO PUBLICATION
Pages:
Dimensions (mm):
127 x 204 x 27
Weight:
0.37
|