LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
Biligual Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
`  
Choose your Book Malay Books Umum Sains Sosial
 



this with your friends
Guānxì: Seni Networking Orang Cina <>
by author SITI HAWA OTHMAN, ,

知己知彼,百战不殆
Zhī jǐ zhī bǐ, bǎi zhàn bù dài
“Kenali diri sendiri dan kenali pihak lain, maka anda tidak akan kalah dalam seratus pertempuran”

Masyarakat Cina umumnya dikenali sebagai bangsa yang mahir berniaga. Kepakaran mereka dalam membangunkan perniagaan meletakkan mereka sebagai pemain utama dalam perdagangan antarabangsa dan antara pengaruh besar kepada ekonomi dunia.

Buku ini membongkar rahsia mindset masyarakat Cina yang membentuk cara mereka membina networking, berkomunikasi dan berurus niaga. Daripada konsep Guānxì yang menjadi asas kepercayaan, Miànzi yang menjaga maruah dan status, hinggalah prinsip Rénqíng yang mementingkan kesantunan dan timbal balik dalam hubungan profesional.

Antara perkara utama yang akan anda pelajari termasuk:

• Cara membina Guānxì yang kukuh bagi meningkatkan peluang perniagaan dan kerjaya.
• Memahami teknik berkomunikasi dengan masyarakat Cina sebagai usahawan, rakan mahupun pekerja.
• Kesilapan budaya yang perlu dielakkan serta cara menyesuaikan diri dengan persekitaran Cina.
• Frasa asas dalam bahasa Mandarin bersama audio panduan sebutan untuk meningkatkan kredibiliti.

Jika anda mahu membina hubungan berpanjangan yang lebih strategik, mengelakkan salah faham budaya dan membuka lebih banyak peluang dalam perniagaan mahupun karier khususnya dalam masyarakat Cina, buku ini adalah panduan praktikal yang anda perlukan.

Status : In Stock
Retail Price : RM38.00
Now Offer : RM38.00

ISBN:
9786294641860
Category:
Sains Sosial
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2026
Publisher :
PUTEH PRESS
Pages:
200
Dimensions (mm):
148 x 210 x 13
Weight:
0.28

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1